Duka Insan Istimewa

Wednesday, September 16, 2009



Tidak siapa pun sangka, masa cepat berlalu.

Gembira tidak terkata kerana sudah hampir hari yang bermakana iaitu hari raya Aidilfitri. Malah lebih dari itu, manusia mula bergelut, berebut-rebut, berpusu-pusu untuk memeriahkan setiap pelusuk pasaraya yang ada. Tidak kurang yang mula mencari beberapa stok baru mercun utnuk bermain secara individu mahupun berkumpulan. Memang malam-malam akhir ramadhan merupakan malam-malam untuk bersiap-sedia menghadapi hari yang bermakna dalam kalender seorang Muslim.

Namun di sebalik keceriaan, insan-insan biasa, tercoret seribu kesedihan buat insan-insan istimewa. Mereka merintih tatkala berakhirnya ramadhan. Jika dilihat si fakir miskin mahu pun mereka kurang upaya, mereka merintih terkenangkan kesusahan yang ditanggung mereka apabila setiap kali menjelang hari raya. Di kala itu, pelbagai perkara berlegar di kepala. Apa tidaknya, sejuta satu masalah yang perlu difikirkan untuk 'berhadapan' dengan hari raya..

"Bagaimana hendak menyambut hari raya..?"
"Adakah anak-anak akan pulang ke kampung tahun ini atau tidak?"
"Apakah baju raya yang hendak dipakai oleh anak-anak dengan kesempitan wang yang tidak sempat dicari sebelum raya ini?"
"Jamuan bagaimanakah yang perlu disediakan tatkala tetamu datang nanti?"

Namun, ada lagi insan yang paling merintih. Rintihan mereka tidak dapat kita pasti dengan telinga kasar, hanya telinga 'hati' yang dapat mendengarnya. Keluhan dan pinta mereka agar dapat bertemu sekali lagi di tahun hadapan. Ya, mereka yang merindukan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Bulan yang tidak dapat dibeli di pasaraya-pasaraya besar, malah ia tidak dapat dijumpai selepas pemergiannya kecuali diberi 'baucer' umur untuk hidup setahun lagi.

"Ya Allah, pertemukan daku dengan Ramadhan akan datang.. Pertemukanlah daku dalam keadaan yang lebih bertenaga untuk aku hadapinya. Ya Allah, aku merinduiMu di sujud nikmat kepadaMu di bulan Ramadhan ini. Daku ingin lagi bertemu bulan barakah ini. Bertadarus, bersedekah, memberi makan orang berpausa dan 'berbicara' denganMu di kala 10 malam akhir Ramadhan."

Ramadhan akan pergi meningggalkan mereka. Meninggalkan mereka dalam keadaan meeka tidak tahu akan bertemu kembali atau tidak.. Meninggalkan mereka dalam keadaan mereka masih mahu melepaskan ia... Melambai-lambai mereka menggamit Ramadhan yang sudah bersedia 'berangkat' pergi... Menangis insan-insan ini mencari di mana akan mereka mengambil sebesar-besar ganjaran jika tidak di bulan ramadhan ini.. kerana mereka tidak sabar untuk bertemu Tuhan dalam tahajud di setiap malam. Malah 10 malam terakhir menjadi penentu buat mereka untuk memperolehi malam yang baik dari seribu bulan..

Andai kata selepas Ramadhan ialah Ramadhan, sudah pasti mereka tidak merintih begini.. Namun, Ramadhan akan diiringi Syawal. Ramadhan muncul setahun lagi. Namun adakah diberi kesempatan dari Rabbul Izzati belum mereka pasti.

Ya, biarpun tersenyum kegembiraan di wajah apabila tiba hari raya, namun hati mereka sedih kehilangan Ramadhan..

"Ya Allah, temukan kembali Ramadhan kepada kami. kami rindukan Dikau Ya-Allah dalam kenikmatan sujud di bulan Ramadhan ini."

Read more...

Ku Merinduimu Ya Rasullullah S.A.W....

Tuesday, September 15, 2009




Assalamualaikum

Sekadar perkongsian lagi. Saya sedang menyiap
kan satu artikel, namun terpaku tatkala membaca artikel yang saya peroleh dari 'YahooGroup' saya sebentar tadi. Jadi saya kongsikan buat sahabat-sahabt semua.. Indahnya apabila hati bersih dan tenang. semoga kita beroleh pengalaman yang di sampaikan oleh seorang manusia yang bertuah bertemu Rasullullah S.A.W.

Sakit dan sabar beliau, membawa janji pertemuan dengan Rasullullah dan para sahabat. Ditambah lagi dengan izin Allah disembuhkan dalam sekelip mata. Semua ini kerana hati yang dipelihara Al-Quran di dalam dirinya..


Ya-Allah.. Ramadhan kian berlalu, namun diriku ini masih belum berjaya untuk menghadam surat cinta-Mu.. ampunkan lah ya-Allah..


Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. AlhamduliLlah, A
l-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya.

Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh.


Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untu
k ibadah sepanjang hari. Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merang
kak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".


Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja.

Kemudian, HambaAllah itu mengatakan,
"Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. .

Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .".

kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'. Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan.

Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia. Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan,
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh".

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala.
"Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".

Beliau katakan pada kami,
"Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Read more...

Tarbiyah atau Tak Payah

Wednesday, September 9, 2009


Beberapa hari lepas, saya berpeluang berbincang dengan sahabat saya mengenai satu masalah yang melanda umat Islam sekarang. Satu perbincangan yang boleh saya kata amat penting untuk dibincangkan kerana ia melibatkan nasib umat islam. Lebih parah melibatkan tarbiyah mahasiswa Islam di Malaysia khususnya.

"Agak-agak hang, macamana dengan proses tarbiyah yang mesti kita lalui atau kita boleh terapkan pada mahasiswa islam terutama di kampus" pertanyaan dimulakan oleh sahabat saya.

Tersenyum saya apabila ditanya demikian. Bukan apa, saya bukanlah orang yang pakar dalam mentarbiyah manusia malah saya sendiri perlukan satu kekuatan tarbiyah untuk sentiasa istiqamah dalam amalan harian.

Namun, saya gagahi juga demi untuk menjaga hati seorang sahabat. " Saya rasa kita kena tengok keadaan sahabat-sahabat dalam mentarbiyah mereka seperti memberi makanan kepada mereka. "

" Macam beri makanan?" soal sahabat saya

Dalam soal mentarbiyah manusia atau memberi pendidikan pada manusia, mahu tidak mahu ia perlu mempertimbangkan beberapa aspek pelaksanaannya.

Sama seperti memberi makan kepada seseorang. Bermula dari bayi, seseorang manusia diajar bagaimana hendak meminum susu ibu. Ditarbiyah 'direct' oleh Allah S.W.T kepada kita ketika bayi dahulu. Kemudain, membesar sedikit, mula diajar mengunyah makanan dan menelan. Apabila yakinnya manusia itu mengunyah dan menelan, mulalah dia mencari makanan-makanan yang boleh dia makan atau yang tidak boleh di makan. Dimana manusia itu mula membezakan antara, sayur, daging, dahan pokok, sampah dan sebagainya. Mana satu yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan.

Bertambah dewasa, mulalah bermacam-macam karenah memilih makanan yang hendak dimakan. Ada yang alah pada sotong, udang, kerang dan sebagainya.. Malah ada di kalangan kita tidak suka makan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. Bertambah usia manusia tu, mulalah berpantang sana sini akibat penyakit yang menimpa gara-gara makan makanan yang bukan-bukan ketika muda dulu.

"Hatta ramai di kalangan umat Islam kini mempunyai PJK. Bukannya Pingat Jasa Keberanian tapi Perut Jengoi Kedepan (dalam loghat kedah) yang membawa maksud perut dah buncit ke depan" seloroh saya.


"Apa kena mengena dengan makanan dengan tarbiyah (pendidikan)?" pintas sahabat saya sambil sedikit ketawa kerana PJK tadi.

Tidakkah tarbiyah itu memerlukan peringkat-peringkat atau marhalah-marhalahnya. Seperti keadaan manusia hendak makan yang digambarkan tadi. Ketika usia kecilnya, keyakinan mengunyah dan menelan menjadi satu titik mula untuk makan. Yakin itu penting sebelum kita terus mentarbiyah manusia. Sepergi dalam karangan buku Almarhum Ustaz Fathi Yakan.

Perkara pertama yang wajib diterapkan kepada seseorang muslim ialah Aqidah. Satu ikatan yang jika terbentuk, akan menyebabkan manusia itu akan mudah ditarbiyah kerana yakinnya dia pada Allah, Tuhan Pencipta Alam. Jika belum selesai perkara atau bab ini, bagaimana nak kita terus beri makanan (tarbiyah) untuk terus maju ke hadapan.

Selepas akidah terbentuk, mulalah kita dapat kenal pasti mana yang dikatakan baik dan buruk dalam kehidupan harian. Secara automatiknya, dapatlah kita bezakan antara perkara yang menjadi ibadah dengan perkara yang melalaikan kita. Situasi ini boleh di ertikan dalam memilih makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Dalam masa yang sama, kita akan dapat rasakan ibadah yang kita lakukan menjadi kebaikan buat kita atau tidak.

Apabila sudah enak beribadah, sudah pasti akhlak yang baik dan berkualiti akan terbentuk dan memandu tarbiyah manusia itu sendiri. Alah, seperti makan makanan berkhasiat, disiplin makanan menjadikan seseorang itu sihat di masa tua nya. Insya-Allah. dan seterusnya...

"Baik. Aku faham" pintas lagi sahabat saya ini.

"Tapi, aku aku pernah diberikan satu kod tarbiyah yang boleh dikatakan perlu dilaksanakan jika ingin menjadi seorang daie atau pendakwah yang terbaik. Malah siap tulis WAJIB. Dalam kod itu, pelbagai perkara yang di tuntut. Tapi aku tak mampu. Malah aku dah macam malas nak buat apa sahaja yang dikodkan tu" rungut dia.


Saya meminta dan melihat kod-kod yang dia katakan itu. Dalam hati saya "Sungguh memang begitu 'harmoni' dan baik untuk diamalkan. " "Bagus kod-kod ini" sengih saya kepada sahabat tersebut.

Responnya macam kurang puas hati. Yalah, sahabat saya ini baru bersama dalam jemaah dakwah di kampus dia. Apa lagi, apabila diberikan kod-kod tersebut untuk dipatuhi, agak terkejut dan terbeban. Tetapi, untuk menjadi seorang daie, mahu tidak mahu perlu ada tarbiyah 'tersendiri' walaupun diberikan apa-apa panduan seperti kod tarbiyah tersebut.

Bermacam-macam kod yang saya lihat. Boleh dirumuskan hampir 100 perkara perlu dilakukan untuk menjadi ahli daie' yang terbaik. Siap ada amalan harian, ibadah mingguan, keperluan berakhlak mulia, dan bermacam-macam lagi. MAlah di perincikan lagi :" do and don't" dalam setiap kriteria kod-kod tersebut.



Namun, seperti yang dijelaskan tadi, alangkah indahnya jika kod-kod itu dilaksanakan berperingkat. Biarlah para daie yang mengikuti kod itu terasa selesa jika dilakukan berperingkat. Perlaksanaannya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mula berkecimpung dalam gerakan dakwah tersebut. Andai kata masih baru, terapkan dulu akidah perjuangannya. Kemudian, prelahan-lahan dengan istiqamahdalam ibadah. Disertai dengan akhlak yang membentuk diri seorang dakwah dan sebaginya.


Yang penting biarlah ia berperingkat dan mengikut corak pergerakan (flow) yang lancar sesuai dengan seseorang daie itu. Apapun tarbiyah perlu dilaksanakan.

Samada tarbiyah berperingkat atau tarbiyah sampai penat.

Read more...

Himpunan Aidilfitri Mahasiswa Kedah

Monday, September 7, 2009


Assalamualaikum W.B.T..

Saya menjemput semua mahasiswa-mahasiwa Kedah Sejahtera ke program seperti di atas. AYUH! Mari kita sama-sama bertemu dan membentuk satu ikatan anak Kedah yang cukup kuat untuk terus bersama dengan negeri Kedah ini..


Read more...

Cerpen


Sebuah kisah menarik untuk perkongsian bersama. Maaf, saya tak berkesempatan menghasilkan artikel atau cerita sebegini. Namun, pasti saya akan menulis tentang kebahagiaan rumah tangga yang mengikut jalan syariat yang betul. Apapun, semoga bermanfaat buat semua..

Terimalah....

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Read more...

Secebis Tazkirah Ramadhan

Thursday, September 3, 2009


Hari ini, saya di uji dengan beberapa kisah kehidupan yang mungkin berkaitan dengan saya atau pun tidak. Namun, itulah realiti perjalanan seorang yang melakukan transformasi diri dari mengenal islam hingga menggabungkan diri dengan Islam

"Sahabat-sahabat, sudah hampir 19 tahun kita hidup dengan mempelajari Islam. Namun , sejauh mana kita berusaha menggabungkan diri dengan Islam" mengomel soerang sahabat yang baru memberikan tazkirah. =)

"Menggabungkan diri dengan Islam ini bermaksud, mempertahankan Islam itu apabila dihina. Agama Islam bukan sahaja agama untuk beramal, tetapi agama perjuangan. Andaikata Rasulullulah S.A.W hanya beribadah sahaja,sudah pasti Islam tidak kekal hingga sekarang.Lihat sahaja perang Badr al-Qubr yang berlaku dalam bulan ramadhan dia awal permulaan Islam, andaikata Rasulullah dan para sahabat hanya beribabah, tak pergi berjuang,sudah pasti Islam hanya di situ sahaja" tambah sahabat tersebut.

Wah! Satu peringatan yang cukup menarik. Syabas diucapkan kerana beliau baru pertama kali memberi tazkirah. Terfikir saya keseorangan, apa yang telah aku lakukan selama 20 tahun lebih ini. Jika hendak kata diri ini mempertahankan Islam, sudah pasti jauh panggang dari api. Mana tidaknya, saya ini bukanlah orang yang punyai jawatan penting dalam mana-mana organisasi, apatah lagi mempunyai keluarga sendiri, jadi tidak perlulah saya berusaha untuk ber'aksi' dalam menggabungkan diri dengan Islam.

Namun, tersentak dek peringatan yang cukup ringan itu, saya akui, mana-mana individu muslim harus malah wajib berusaha menggabungkan diri dengan Islam walaupun dia hanya rakyat atau orang biasa.

Sahabat tersebut saya dekati. Ingin sangat berkongsi cerita dengan menggabungkan diri dengan Islam. Jelasnya, menggabungkan diri dengan Islam ini mempunyai pelbagai cara. Bergantung kepada individu berkenaan. Namun apa yang dapat disimpulkan ialah perlu ada satu tindakan. Bukan sahaja berduduk sahaja, memikirkan dan membenci dengan hati sahaja. katanya, ambil mudah dalam kehidupan menjadi seorang muslim.

Beliau mengambil contoh mudah, masalah sosial,'berdua-duan tanpa ikatan nikah', apa tindakan yang kita lakukan. Adakah kita sekadar "buat renungan tajam" kepada mereka, atau menggenggam penumbuk menghempas ke tangan satu lain sambil berkata " geram aku tengok mereka itu, nak aja aku pergi tegur" tapi tak bergerak-gerak dengan alasan aku tidak mampu lagi malah lebih dramatik lagi, "biarlah, pandai-pandai merekalah, mereka dah besar". Jadi apakah dengan berada dalam keadaan begitu kita boleh katakan kita seorang Muslim seperti yang di katakan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 .(macam ayat yang saya gunakan dalam artikel sebelum ini je). Semestinya tidak. sama sekali tidak.

Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah kita perlu bertindak, dalam kes ini mungkin bukan 1001 cara dapat lakukan tapi, ada jalannya. Mungkin kita boleh buat teguran walaupun sedikit.Mungkin kita boleh siapkan beberapa "flyers" atau risalah untuk diletakkan berdekatan dengan mereka. Mungkin kita boleh hasilkan baju "No Couple" yang terpampang besar di baju. Atau mungkin sebagainya. Banyak lah caranya. Namun setiap perkara perlu ada batasnya. Begitu juga dengan tindakan. Andai kata hendak menegur,tegurlah dengan cara yang sewajarnya. Dan macam-macam lagi lah..

Kagum saya mendengar penjelasan kawan saya. Bukan kerana kagum pada dia, tetapi kagum melihat transformasi yang beliau berjaya lakukan. Iaitu dari mengenal Islam kepada menggabungkan diri dengan Islam.

"Enta dah pernah buat ka apa yang enta cakap tadi?" tanya saya yang terlalu "excited".

Tersenyum sahaja dia sambil menjawab ringkas "Insya-Allah, selagi dikuatkan hati, saya akan terus begitu"


"Bila lah saya hendak mula menggabungkan diri dengan Islam?" berdialog dalam hati tatkala meninggalkan sahabat tadi.

Read more...

Kenangan Terindah

Wednesday, September 2, 2009


Detik waktu terus berjalan,

Suka dan duka tangis dan tawa,

Tergores bagai lukisan,

Seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati,

Di antara lelahnya jiwa,


Dalam resah dan air mata,

Ku persembahkan yang terindah dalam hidupku..

Meski ku rapuh dalam langkah,

Kadang tidak setia kepada-Mu,

Namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu,

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu,

Dalam dadaku harap hanya diri-Mu yg bertakhta..

Terima kasih Allah..


Kau pernah pilih diri ini,

Dan kini Kau pilih mereka yg dekat denganku,

Sahabat-sahabat yang aku sayangi..

Kau jagalah hati dan fikiran kami,

Jagalah kurnia agung ini ya Allah..

Dan janganlah Kau palingkan hati-hati ini..

Setelah Kau berikan hidayah kepada kami..


Amin..


*Saya dedikasikan sajak ini buat sahabat-sahabat yang telah meninggalkan alam kampus. Kenangan terindah kita

telah berlalu namun ia tetap bertakhta setiap kejadian yang berlaku..


P/S : Sajak dari sahabat kepada sahabat

Read more...

Gentar Vs Lebih Gentar @ Hebat Vs Terlebih Hebat

Monday, August 31, 2009



Ibarat perlawanan bola sepak, siapa yang merasakan diri mudah dikalahkan, ia pasti merasa gentar apabila berhadapan dengan lawan. Malah lebih yang gentar lagi apabila lawannya tahu bahawa mereka telah salah memilih langkah untuk bermain dengan kumpulan yang mereka tidak kenali (kumpulan yang pertama tadi). Namun apabila perlawanan bermula, perbezaan antara mereka yang lebih gentar(kumpulan kedua) sebelum perlawanan akan menjadi lebih hebat tatkala kumpulan yang pertama tadi terlalu gentar untuk bertindak awal. Akhirnya, imej lebih gagah akan diperoleh oleh kumpulan kedua akibat dari tindakan teragak-agak kumpulan pertama kerana diselubungi perasaan gentar mereka..

"Assalamualaikum.. Ni bertunang ka belum ni?" saya mulakan langkah menegur mereka yang asyik bersembang antara rakan berlaianan jantina berdua-duaan.

"Erm, belum lagi.. kawan lagi kami nie." tersipu-sipu si lelaki menjawab.

" Harap keluarlah sembang di luar kereta, jangan di dalam. Tak elok orang tengok." hujahku jelas tetapi lembut

Saya beredar setelah mengangkat tangan 'keamanan' kepada dua orang manusia tersebut. Selang 2 minit, bukan sahaja mereka keluar, malah pulang terus ke kolej kediaman masing-masing. Bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada mereka kerana 'memahami' sedikit akhlak Islam apabila ditegur.

Pada awalnya, perasaan ingin tegur bercampur dengan perasaan gentar. Mana tidaknya, kali ini kali pertama selepas lama saya menyepi diri dari tugas tegur-menegur ini. Namun, setelah dilihat semula situasi sebelum, semasa, dan selepas menegur, hati saya berdetik satu keadaan yang tertanya-tanya.. Ibarat perlawanan bola sepak tadi(anda faham ke tidak?) , tabiat menegur pasangan bukan mahram ini sudah pasti disertai dengan perasaan gentar bagi mereka yang pertama kali ingin melakukannya. Namun, di sebalik gentar itu, mereka yang terlibat dengan maksiat tersebut lebih gentar melihat kita yang ingin beraksi kerana mereka berada dalam posisi atau keadaan yang salah. Jadi, ada dua sahaja pilihan.. satu keadaan perlu menegur atau kedua, keadaan mereka berduaan 'boleh' biarkan..

Apabila kita soroti kedua-dua keadaan ini, sudah pasti, andai kata kita diselubungi perasaan gentar itu dan tidak menegurnya, pasangan bukan mahram itu akan merasakan mereka lebih hebat kerana golongan-golongan pemutus kelazatan maksiat ini yang tidak menegur mereka. Malah ,mereka akan merasakan, perkara yang mereka lakukan tidak salah di sisi agama. Jadi, apa yang berlaku pada golongan-golongan pemutus nikmat maksiat itu, mereka akan lebih merasa gentar dan akhirnya kalah (rasa hebat pada diri sahaja amalan yang dibuat) selama-lamanya dengan perasaan gentar mereka itu..

Namun, andainya, pasangan bukan mahram itu ditegur oleh golongan pemutus nikmat maksiat ini, sudah tentu, mereka itu akan tersipu-sipu dan menyedari kesalahan mereka walau seketika. Tetapi, di perasaan golongan penegur ini, mereka akan merasai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada golongan amar makruf Nahi Mungkar ini. Lain tidak bukan, mereka merasakan bahawa Allah adalah Penolong Mutlak dalam membantu mengecah kemungkaran agama.

Fiman Allah dalam Al-Quran :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. " "Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. "
(Surah Ali-Imran : 110-111)

Bangkitlah wahai sahabat-sahabat yang memahami keperluan amar makruf nahi mungkar ini,kita bangkit untuk penuhi kriteris kita sebagai Muslim. Cegah lah dengan hikmah dan berperingkat. Untuk mengubah ideologi sekular selama 20 tahun tidak akan berubah dalam sekelip mata. Tetapi ia perlu berperingkat. Namun bukan menunggu sekadar membenci sahaja, dan mengatakan itu berperingkat, tetapi turut bertindak menghasilkan rentak. AYUH!!

Read more...

Ayahanda dan Bonda

Saya terima panggilan semalam dari ayahanda tercinta. Saya teringat pada mereka berdua. Cinta saya selepas Allah dan Rasul.. Ayahanda dan bonda, semoga menjadi 'atuk' n 'maktuk' yang baik ..hehe.. dah 9 hari dapat cucu pertama ni.. semoga keceriaanmu sentiasa menghiasi rumah kita.. tentang nak tambah menantu, doa-doakanlah anakanda nie... =)

Read more...

'Amir', terawih dan tarbiyah

Sunday, August 30, 2009




"Hari ini abang buat berapa rakaat terawih di masjid?" soalan sorang anak jiran kepada saya.

Spontan saya menjawab " Di masjid, abang buat 8 rakaat ajer. Kenape dik?"

Lalu tanpa berlengah, kanak-kanak 9 tahun itu berkata " amir tak dapat nak pegi surau, ada kawan datang, nanti abangg balik masjid, smbung sampai 23 rakaat, amir nak ikut."(kebetulan sama nama dengan saya juga=)

"Tapi abg tak tambah dah sbb ada keja malam ni" jawab saya sambil terasa satu kejutan buat diri yang disentap oleh kanak-kanak 9 tahun.

Memang bagi saya,(yang konon 20 tahun lamanya hidup), solat terawih ini hanya sunat sahaja,buat 8 atau 20 rakaat atau lebih dari itu tak menjadi masalah dalam hal ini kerana ia ibadah sunat yang dituntut dalam bulan Ramadhan. Mungkin bezanya ialah nilai pahala yang di peroleh samada lebih pahala atau kurang pahala. Kalau banyak ibadahnya, maka moleklah ganjarannya.

Namun, yang apa yang saya ingin bangkitkan bukanlah masalah keupayaan kita untuk beribadah terawih ini, tetapi apa yang menjadi permasalahannya ialah proses pentarbiyahan golongan kanak-kanak. Dalam perkara ini, ramai di antara kita tidak sedar akan tanggungjawab bersama dalam mentarbiyah golongon kanak-kanak cilik ini. Bagi kita di kebanyakn peringkat, kita asyik mengambil perhatian terhadap tarbiyah golongan muda atau pemuda. Memang jika mengikut kata mudahnya, saya boleh sahaja memberitahu kanak-kanak tersebut bahawa solat terawih ini 8 rakaat boleh atau 20 rakaat pun boleh.Namun dari segi pentarbiyahan seorang kanak-kanak menjadi seorang hamba kepada Tuhan Pencipta atau pewaris generasi pemuda adalah kurang berkesan. Kejadian ini sering terjadi apabila sesorang yang dewasa tidak atau kurang memahami keperluan tarbiyah kepada golongan kanak-kanak. Mereka tidak sedar bahawa golongan awal ini lah yang akan membentuk saf-saf golongan pemuda-pemuda islam akan datang.

Seringkali kita dengar, proses tarbiyah kepada golongan kanak-kanak acap kali dipikul oleh ibu bapa dan kaum kerabat terdekat. Tetapi ,pada pendapat saya, proses pentarbiyahan golongan kanak-kanak ini harus dipikul oleh masyarakat yang mengenal Islam secara mendalam malah mereka yang bergerak dalam lingkungan harakah islamiyah perlu lebih seirus dalam perkara ini. Mungkin, segelintir ibu bapa tidak berupaya untuk mentarbiyah anak-anak mereka kerana kekurangan ilmu agama dan sebagainya. Fenomena ini dapat dilihat pada 10 tahun mendatang kerana ramainya golongan muda yang ada sekarang ini sudah hanyut dibuai khayalan dunia sekular dan sebagainya. Anak-anak mereka akan terus membesar dalam keadaan kejahilan ibu bapa mereka. Jadi, siapakah yang harus mengambil peranan dalam situasi ini. Lain tidak bukan, anda atau golongan-golongan yang memahami Islam itu sendiri harus tampil menghulurkan bantuan.

Generasi pemuda mahupun mahasiswa harus tekad dalam jalan ini untuk mengimbangi kembali kerosakan yang berlaku pada zaman sekarang. Kurangnya pendedahan kepada suasana Islam menyebabkan golongan ini terpinggir dari nikmat akhlak mulia. Di peringkat kanak-kanak ini. segala macam perkara yang mereka lihat dan perhatikan di sekeliling mereka akan menjadi contoh kepada mereka untuk diamalkan. Kisah Saidina Ali Karamallahuaj'ah memeluk Islam di usia kanak-kanak dan didedahkan dengan suasana islam atau tarbiyah islamiyah akhirnya menyertai medan peperangan semasa peringkat usia beliau meningkat dewasa. Ini menjadi satu bukti bahawa, kepentingan tarbiyah golongan pra-pemuda ini harus dilihat semasa zaman moden ini. Pentarbiyan dari rebung ini juga akan menghasilkan buluh yang betul-betul berkualiti untuk menjadi perisai kepada Islam itu sendiri di masa hadapan.

Di akhir perbincangan saya dengan kanak-kanak kecil tersebut, akhirnya saya mengambil tindakan " Balik nanti, kita sembahyang sama-sama.Setuju?" Dengan senyum, "nak2" kata amir kecilku itu.

P/S- Akhirnya saya tahu bahawa amir ini mempunyai masalah keluarga.. ayahnya dipenjara dan ibunya sahaja yang ada di rumah. Dididik oleh atuknya yang kini masih boleh memberikan sedikit sebanyak input-input agama padanya

Read more...

9 hari tanpa 'dia'..

Friday, August 28, 2009

Muram semua ahli keluarga..

Hari ini genaplah 9 hari rumah saya kehilangan seketika satu anugerah Allah buat saya dan

rakan-rakan. Memang satu kehilangan yang cukup besar buat kami selama hampir 9 hari ini.
Betullah, dugaan Allah nak menguji kami selaku hamba-hambaNya samada kami tabah atau tidak. Boleh dikatakan, saya sentiasa diaju pleh persoalan yang sama oleh rakan-rakan tercinta setiap hari malah setiap kali mereka melihat muka saya, "'Dia' dah ada belum?

Penat kami menunggu dia." Pening juga saya dibuat mereka. Namun atas sifat seorang sahabat, saya gagahi juga, "Insya-Allah, esok adalah dia tu. Jangan risau, bagi la masa sikit. Mungkin dia merejuk kot." jawab saya ringkas.Alhamdullillah, akhirnya dia kembali juga hari
ini. Tepat jam 11.28 malam, dia dijumpai dan ada semula di rumah. Berkat usaha yang dilakukan saban hari, dia kembali jua. Syukurlah, tiada yang tercedera dalam mendapatkan dia semula. Berkali-kali berulang-alik ke Batu Pahat, akhirnya berbaloi juga dengan bantuan sahabat kepada sahabat.

Selamat kembali wahai streamyx!

Di sebalik kejadian, pasti ada hikmahnya bukan. Mana tidaknya. berkejar ke sana sini untuk mendapatkan maklumat berkaitan masalah streamyx yang berlaku, sibuk menghubungi mereka yang berkaitan dalam pembaikan talian telefon (dalam kelas pun 'handphone' di tangan, dan macam-macam lagi. Malah lebih dasyat, jumlah bil internet terbaru (setelah 3 bulan tak nampak bil), berjaya diperolehi dalam semasa menyelesaikan 'streamyx problem" . Nak tahu berapa? Hah, hampir mencecah hampir RM 700!! Percaya ke tidak? itulah yang dipanggil 'padah bermain dengan teknologi'

Erm, kelakar juga bila dikenang-kenang setiap kejadian. Boleh dikatakan, satu-persatu Allah
tunjukkan kepada kami bagi menguji kami 'sekeluarga' . Yelah, diperlihatkan bagaimana prihatin sahabat yang sentiasa 'mengambil berat' pasal masalah yang berlaku (macam-macam perangai ada) , ada yang sentiasa rehda dengan ketentuan (takpelah, dah takdak) malah, lebih lagi, siap cucuk sana cucuk sini kabel network tu di mana sahaja boleh dipasangnya.


Tapi itulah keadaan kita dalam bagaimana menghadapi setiap ujian yang diberikan. Alhamdulillahi, dapat juga atasinya. Thanx to Fendi.. Hidangan keropok ikan je dapat kami sajikan buat anda..nak tahu apa masalahnya? Silap pasword masa hendak 'login' ke dalam setup Wireless Modem sahaja. Bukan salah TMpoint pun, tapi itulah, macam-macam hendak dikata..
Buat TM point, terima kasih atas bantuan anda.. Banyak kali juga TM point telefon saya. Jenuh nak menjawab.. TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat semua..

Tapi terfikir juga, bagaimana jika iman yang semakin hilang dari diri, adakah diri ini akan mendapatkannya kembali secepat mungkin?

Terfikir dan termenung seorangan...

Read more...

Meniup Belon Kehidupan

Tuesday, August 18, 2009



Allah melapangkan bagimu, supaya kau tidak selalu dalam kesempitan.

Allah menyempitkanmu supaya kau tak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan kamu dari kedua-duanya, supaya kau x bergantung kepada selainNya..


Allah mengubah keadaanmu, supaya kau mengerti bahawa kau tidak bebas daripada hukum dan ketentuannya dan supaya kau selalu berdiri atas landasan...LaHaulawalaQuataillahbillah

Tiada daya untuk mengelak sesuatu dan tiada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dgn izin Allah..


Belajar bersungguh-sungguh. Itu pengabdian kita kepada Yang Maha Mengetahui segala. Berazamlah untuk Menjadi yang terbaik, dan Capailah yg terbaik. Masa depan kita amat penting kerana kita (kaum adam) adalah kaum yg memimpin.. Itulah antara bekal suatu hari nanti, menuju lorong yg lebih men'cabar' dan sebenar.. Moga kita akan menjadi imam yg memiliki kekuatan dari segenap segi perjuangan, hasil dr pengalaman tarbiyah yang panjang ini. InsyaAllah.. Teruslah meniup belon kita.. Kemana pun ia jatuh, ia pasti takdir terbaik setelah usaha dan tawakal kita kepadaNya..

Bermulanya perjalanan penulisan ini untuk mencari satu titik semangat dalam membaiki diri menjadi lebih baik. Hari ini, semoga ruangan ini dapat membimbing diri ini untuk semangat lebih dalam mencari dan menambah minat membaca sebelum memacu tulisan ke dalam blog.



Bukan diri ini ingin menunjuk-nunjuk, bukan diri ini ingin menulis diari, tetapi, diri ini ingin mengembalikan bakat terpendam yang sekian lama tidak digilap. Diharapkan ayahanda dan bonda serta sahabat-sahabat perjuangan dapat membetulkan apa

yang silap sepanjang belon kehidupan ini ditiup. Pengharapan Allah tetap dipohon berpanjangan agar segala usaha mendapat redha dan hidayahNya. Buat Nabi Junjunganku, Selawat dan Salam ke atasmu duhai Kekasih Pencipta Alam Semesta..


Terimalah seadanya...

Read more...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP