Secebis Tazkirah Ramadhan

Thursday, September 3, 2009


Hari ini, saya di uji dengan beberapa kisah kehidupan yang mungkin berkaitan dengan saya atau pun tidak. Namun, itulah realiti perjalanan seorang yang melakukan transformasi diri dari mengenal islam hingga menggabungkan diri dengan Islam

"Sahabat-sahabat, sudah hampir 19 tahun kita hidup dengan mempelajari Islam. Namun , sejauh mana kita berusaha menggabungkan diri dengan Islam" mengomel soerang sahabat yang baru memberikan tazkirah. =)

"Menggabungkan diri dengan Islam ini bermaksud, mempertahankan Islam itu apabila dihina. Agama Islam bukan sahaja agama untuk beramal, tetapi agama perjuangan. Andaikata Rasulullulah S.A.W hanya beribadah sahaja,sudah pasti Islam tidak kekal hingga sekarang.Lihat sahaja perang Badr al-Qubr yang berlaku dalam bulan ramadhan dia awal permulaan Islam, andaikata Rasulullah dan para sahabat hanya beribabah, tak pergi berjuang,sudah pasti Islam hanya di situ sahaja" tambah sahabat tersebut.

Wah! Satu peringatan yang cukup menarik. Syabas diucapkan kerana beliau baru pertama kali memberi tazkirah. Terfikir saya keseorangan, apa yang telah aku lakukan selama 20 tahun lebih ini. Jika hendak kata diri ini mempertahankan Islam, sudah pasti jauh panggang dari api. Mana tidaknya, saya ini bukanlah orang yang punyai jawatan penting dalam mana-mana organisasi, apatah lagi mempunyai keluarga sendiri, jadi tidak perlulah saya berusaha untuk ber'aksi' dalam menggabungkan diri dengan Islam.

Namun, tersentak dek peringatan yang cukup ringan itu, saya akui, mana-mana individu muslim harus malah wajib berusaha menggabungkan diri dengan Islam walaupun dia hanya rakyat atau orang biasa.

Sahabat tersebut saya dekati. Ingin sangat berkongsi cerita dengan menggabungkan diri dengan Islam. Jelasnya, menggabungkan diri dengan Islam ini mempunyai pelbagai cara. Bergantung kepada individu berkenaan. Namun apa yang dapat disimpulkan ialah perlu ada satu tindakan. Bukan sahaja berduduk sahaja, memikirkan dan membenci dengan hati sahaja. katanya, ambil mudah dalam kehidupan menjadi seorang muslim.

Beliau mengambil contoh mudah, masalah sosial,'berdua-duan tanpa ikatan nikah', apa tindakan yang kita lakukan. Adakah kita sekadar "buat renungan tajam" kepada mereka, atau menggenggam penumbuk menghempas ke tangan satu lain sambil berkata " geram aku tengok mereka itu, nak aja aku pergi tegur" tapi tak bergerak-gerak dengan alasan aku tidak mampu lagi malah lebih dramatik lagi, "biarlah, pandai-pandai merekalah, mereka dah besar". Jadi apakah dengan berada dalam keadaan begitu kita boleh katakan kita seorang Muslim seperti yang di katakan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 .(macam ayat yang saya gunakan dalam artikel sebelum ini je). Semestinya tidak. sama sekali tidak.

Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah kita perlu bertindak, dalam kes ini mungkin bukan 1001 cara dapat lakukan tapi, ada jalannya. Mungkin kita boleh buat teguran walaupun sedikit.Mungkin kita boleh siapkan beberapa "flyers" atau risalah untuk diletakkan berdekatan dengan mereka. Mungkin kita boleh hasilkan baju "No Couple" yang terpampang besar di baju. Atau mungkin sebagainya. Banyak lah caranya. Namun setiap perkara perlu ada batasnya. Begitu juga dengan tindakan. Andai kata hendak menegur,tegurlah dengan cara yang sewajarnya. Dan macam-macam lagi lah..

Kagum saya mendengar penjelasan kawan saya. Bukan kerana kagum pada dia, tetapi kagum melihat transformasi yang beliau berjaya lakukan. Iaitu dari mengenal Islam kepada menggabungkan diri dengan Islam.

"Enta dah pernah buat ka apa yang enta cakap tadi?" tanya saya yang terlalu "excited".

Tersenyum sahaja dia sambil menjawab ringkas "Insya-Allah, selagi dikuatkan hati, saya akan terus begitu"


"Bila lah saya hendak mula menggabungkan diri dengan Islam?" berdialog dalam hati tatkala meninggalkan sahabat tadi.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP