'Amir', terawih dan tarbiyah

Sunday, August 30, 2009




"Hari ini abang buat berapa rakaat terawih di masjid?" soalan sorang anak jiran kepada saya.

Spontan saya menjawab " Di masjid, abang buat 8 rakaat ajer. Kenape dik?"

Lalu tanpa berlengah, kanak-kanak 9 tahun itu berkata " amir tak dapat nak pegi surau, ada kawan datang, nanti abangg balik masjid, smbung sampai 23 rakaat, amir nak ikut."(kebetulan sama nama dengan saya juga=)

"Tapi abg tak tambah dah sbb ada keja malam ni" jawab saya sambil terasa satu kejutan buat diri yang disentap oleh kanak-kanak 9 tahun.

Memang bagi saya,(yang konon 20 tahun lamanya hidup), solat terawih ini hanya sunat sahaja,buat 8 atau 20 rakaat atau lebih dari itu tak menjadi masalah dalam hal ini kerana ia ibadah sunat yang dituntut dalam bulan Ramadhan. Mungkin bezanya ialah nilai pahala yang di peroleh samada lebih pahala atau kurang pahala. Kalau banyak ibadahnya, maka moleklah ganjarannya.

Namun, yang apa yang saya ingin bangkitkan bukanlah masalah keupayaan kita untuk beribadah terawih ini, tetapi apa yang menjadi permasalahannya ialah proses pentarbiyahan golongan kanak-kanak. Dalam perkara ini, ramai di antara kita tidak sedar akan tanggungjawab bersama dalam mentarbiyah golongon kanak-kanak cilik ini. Bagi kita di kebanyakn peringkat, kita asyik mengambil perhatian terhadap tarbiyah golongan muda atau pemuda. Memang jika mengikut kata mudahnya, saya boleh sahaja memberitahu kanak-kanak tersebut bahawa solat terawih ini 8 rakaat boleh atau 20 rakaat pun boleh.Namun dari segi pentarbiyahan seorang kanak-kanak menjadi seorang hamba kepada Tuhan Pencipta atau pewaris generasi pemuda adalah kurang berkesan. Kejadian ini sering terjadi apabila sesorang yang dewasa tidak atau kurang memahami keperluan tarbiyah kepada golongan kanak-kanak. Mereka tidak sedar bahawa golongan awal ini lah yang akan membentuk saf-saf golongan pemuda-pemuda islam akan datang.

Seringkali kita dengar, proses tarbiyah kepada golongan kanak-kanak acap kali dipikul oleh ibu bapa dan kaum kerabat terdekat. Tetapi ,pada pendapat saya, proses pentarbiyahan golongan kanak-kanak ini harus dipikul oleh masyarakat yang mengenal Islam secara mendalam malah mereka yang bergerak dalam lingkungan harakah islamiyah perlu lebih seirus dalam perkara ini. Mungkin, segelintir ibu bapa tidak berupaya untuk mentarbiyah anak-anak mereka kerana kekurangan ilmu agama dan sebagainya. Fenomena ini dapat dilihat pada 10 tahun mendatang kerana ramainya golongan muda yang ada sekarang ini sudah hanyut dibuai khayalan dunia sekular dan sebagainya. Anak-anak mereka akan terus membesar dalam keadaan kejahilan ibu bapa mereka. Jadi, siapakah yang harus mengambil peranan dalam situasi ini. Lain tidak bukan, anda atau golongan-golongan yang memahami Islam itu sendiri harus tampil menghulurkan bantuan.

Generasi pemuda mahupun mahasiswa harus tekad dalam jalan ini untuk mengimbangi kembali kerosakan yang berlaku pada zaman sekarang. Kurangnya pendedahan kepada suasana Islam menyebabkan golongan ini terpinggir dari nikmat akhlak mulia. Di peringkat kanak-kanak ini. segala macam perkara yang mereka lihat dan perhatikan di sekeliling mereka akan menjadi contoh kepada mereka untuk diamalkan. Kisah Saidina Ali Karamallahuaj'ah memeluk Islam di usia kanak-kanak dan didedahkan dengan suasana islam atau tarbiyah islamiyah akhirnya menyertai medan peperangan semasa peringkat usia beliau meningkat dewasa. Ini menjadi satu bukti bahawa, kepentingan tarbiyah golongan pra-pemuda ini harus dilihat semasa zaman moden ini. Pentarbiyan dari rebung ini juga akan menghasilkan buluh yang betul-betul berkualiti untuk menjadi perisai kepada Islam itu sendiri di masa hadapan.

Di akhir perbincangan saya dengan kanak-kanak kecil tersebut, akhirnya saya mengambil tindakan " Balik nanti, kita sembahyang sama-sama.Setuju?" Dengan senyum, "nak2" kata amir kecilku itu.

P/S- Akhirnya saya tahu bahawa amir ini mempunyai masalah keluarga.. ayahnya dipenjara dan ibunya sahaja yang ada di rumah. Dididik oleh atuknya yang kini masih boleh memberikan sedikit sebanyak input-input agama padanya

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP