Gentar Vs Lebih Gentar @ Hebat Vs Terlebih Hebat

Monday, August 31, 2009



Ibarat perlawanan bola sepak, siapa yang merasakan diri mudah dikalahkan, ia pasti merasa gentar apabila berhadapan dengan lawan. Malah lebih yang gentar lagi apabila lawannya tahu bahawa mereka telah salah memilih langkah untuk bermain dengan kumpulan yang mereka tidak kenali (kumpulan yang pertama tadi). Namun apabila perlawanan bermula, perbezaan antara mereka yang lebih gentar(kumpulan kedua) sebelum perlawanan akan menjadi lebih hebat tatkala kumpulan yang pertama tadi terlalu gentar untuk bertindak awal. Akhirnya, imej lebih gagah akan diperoleh oleh kumpulan kedua akibat dari tindakan teragak-agak kumpulan pertama kerana diselubungi perasaan gentar mereka..

"Assalamualaikum.. Ni bertunang ka belum ni?" saya mulakan langkah menegur mereka yang asyik bersembang antara rakan berlaianan jantina berdua-duaan.

"Erm, belum lagi.. kawan lagi kami nie." tersipu-sipu si lelaki menjawab.

" Harap keluarlah sembang di luar kereta, jangan di dalam. Tak elok orang tengok." hujahku jelas tetapi lembut

Saya beredar setelah mengangkat tangan 'keamanan' kepada dua orang manusia tersebut. Selang 2 minit, bukan sahaja mereka keluar, malah pulang terus ke kolej kediaman masing-masing. Bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada mereka kerana 'memahami' sedikit akhlak Islam apabila ditegur.

Pada awalnya, perasaan ingin tegur bercampur dengan perasaan gentar. Mana tidaknya, kali ini kali pertama selepas lama saya menyepi diri dari tugas tegur-menegur ini. Namun, setelah dilihat semula situasi sebelum, semasa, dan selepas menegur, hati saya berdetik satu keadaan yang tertanya-tanya.. Ibarat perlawanan bola sepak tadi(anda faham ke tidak?) , tabiat menegur pasangan bukan mahram ini sudah pasti disertai dengan perasaan gentar bagi mereka yang pertama kali ingin melakukannya. Namun, di sebalik gentar itu, mereka yang terlibat dengan maksiat tersebut lebih gentar melihat kita yang ingin beraksi kerana mereka berada dalam posisi atau keadaan yang salah. Jadi, ada dua sahaja pilihan.. satu keadaan perlu menegur atau kedua, keadaan mereka berduaan 'boleh' biarkan..

Apabila kita soroti kedua-dua keadaan ini, sudah pasti, andai kata kita diselubungi perasaan gentar itu dan tidak menegurnya, pasangan bukan mahram itu akan merasakan mereka lebih hebat kerana golongan-golongan pemutus kelazatan maksiat ini yang tidak menegur mereka. Malah ,mereka akan merasakan, perkara yang mereka lakukan tidak salah di sisi agama. Jadi, apa yang berlaku pada golongan-golongan pemutus nikmat maksiat itu, mereka akan lebih merasa gentar dan akhirnya kalah (rasa hebat pada diri sahaja amalan yang dibuat) selama-lamanya dengan perasaan gentar mereka itu..

Namun, andainya, pasangan bukan mahram itu ditegur oleh golongan pemutus nikmat maksiat ini, sudah tentu, mereka itu akan tersipu-sipu dan menyedari kesalahan mereka walau seketika. Tetapi, di perasaan golongan penegur ini, mereka akan merasai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada golongan amar makruf Nahi Mungkar ini. Lain tidak bukan, mereka merasakan bahawa Allah adalah Penolong Mutlak dalam membantu mengecah kemungkaran agama.

Fiman Allah dalam Al-Quran :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. " "Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. "
(Surah Ali-Imran : 110-111)

Bangkitlah wahai sahabat-sahabat yang memahami keperluan amar makruf nahi mungkar ini,kita bangkit untuk penuhi kriteris kita sebagai Muslim. Cegah lah dengan hikmah dan berperingkat. Untuk mengubah ideologi sekular selama 20 tahun tidak akan berubah dalam sekelip mata. Tetapi ia perlu berperingkat. Namun bukan menunggu sekadar membenci sahaja, dan mengatakan itu berperingkat, tetapi turut bertindak menghasilkan rentak. AYUH!!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP