Tarbiyah atau Tak Payah

Wednesday, September 9, 2009


Beberapa hari lepas, saya berpeluang berbincang dengan sahabat saya mengenai satu masalah yang melanda umat Islam sekarang. Satu perbincangan yang boleh saya kata amat penting untuk dibincangkan kerana ia melibatkan nasib umat islam. Lebih parah melibatkan tarbiyah mahasiswa Islam di Malaysia khususnya.

"Agak-agak hang, macamana dengan proses tarbiyah yang mesti kita lalui atau kita boleh terapkan pada mahasiswa islam terutama di kampus" pertanyaan dimulakan oleh sahabat saya.

Tersenyum saya apabila ditanya demikian. Bukan apa, saya bukanlah orang yang pakar dalam mentarbiyah manusia malah saya sendiri perlukan satu kekuatan tarbiyah untuk sentiasa istiqamah dalam amalan harian.

Namun, saya gagahi juga demi untuk menjaga hati seorang sahabat. " Saya rasa kita kena tengok keadaan sahabat-sahabat dalam mentarbiyah mereka seperti memberi makanan kepada mereka. "

" Macam beri makanan?" soal sahabat saya

Dalam soal mentarbiyah manusia atau memberi pendidikan pada manusia, mahu tidak mahu ia perlu mempertimbangkan beberapa aspek pelaksanaannya.

Sama seperti memberi makan kepada seseorang. Bermula dari bayi, seseorang manusia diajar bagaimana hendak meminum susu ibu. Ditarbiyah 'direct' oleh Allah S.W.T kepada kita ketika bayi dahulu. Kemudain, membesar sedikit, mula diajar mengunyah makanan dan menelan. Apabila yakinnya manusia itu mengunyah dan menelan, mulalah dia mencari makanan-makanan yang boleh dia makan atau yang tidak boleh di makan. Dimana manusia itu mula membezakan antara, sayur, daging, dahan pokok, sampah dan sebagainya. Mana satu yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan.

Bertambah dewasa, mulalah bermacam-macam karenah memilih makanan yang hendak dimakan. Ada yang alah pada sotong, udang, kerang dan sebagainya.. Malah ada di kalangan kita tidak suka makan sayur-sayuran dalam kuantiti yang banyak. Bertambah usia manusia tu, mulalah berpantang sana sini akibat penyakit yang menimpa gara-gara makan makanan yang bukan-bukan ketika muda dulu.

"Hatta ramai di kalangan umat Islam kini mempunyai PJK. Bukannya Pingat Jasa Keberanian tapi Perut Jengoi Kedepan (dalam loghat kedah) yang membawa maksud perut dah buncit ke depan" seloroh saya.


"Apa kena mengena dengan makanan dengan tarbiyah (pendidikan)?" pintas sahabat saya sambil sedikit ketawa kerana PJK tadi.

Tidakkah tarbiyah itu memerlukan peringkat-peringkat atau marhalah-marhalahnya. Seperti keadaan manusia hendak makan yang digambarkan tadi. Ketika usia kecilnya, keyakinan mengunyah dan menelan menjadi satu titik mula untuk makan. Yakin itu penting sebelum kita terus mentarbiyah manusia. Sepergi dalam karangan buku Almarhum Ustaz Fathi Yakan.

Perkara pertama yang wajib diterapkan kepada seseorang muslim ialah Aqidah. Satu ikatan yang jika terbentuk, akan menyebabkan manusia itu akan mudah ditarbiyah kerana yakinnya dia pada Allah, Tuhan Pencipta Alam. Jika belum selesai perkara atau bab ini, bagaimana nak kita terus beri makanan (tarbiyah) untuk terus maju ke hadapan.

Selepas akidah terbentuk, mulalah kita dapat kenal pasti mana yang dikatakan baik dan buruk dalam kehidupan harian. Secara automatiknya, dapatlah kita bezakan antara perkara yang menjadi ibadah dengan perkara yang melalaikan kita. Situasi ini boleh di ertikan dalam memilih makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan. Dalam masa yang sama, kita akan dapat rasakan ibadah yang kita lakukan menjadi kebaikan buat kita atau tidak.

Apabila sudah enak beribadah, sudah pasti akhlak yang baik dan berkualiti akan terbentuk dan memandu tarbiyah manusia itu sendiri. Alah, seperti makan makanan berkhasiat, disiplin makanan menjadikan seseorang itu sihat di masa tua nya. Insya-Allah. dan seterusnya...

"Baik. Aku faham" pintas lagi sahabat saya ini.

"Tapi, aku aku pernah diberikan satu kod tarbiyah yang boleh dikatakan perlu dilaksanakan jika ingin menjadi seorang daie atau pendakwah yang terbaik. Malah siap tulis WAJIB. Dalam kod itu, pelbagai perkara yang di tuntut. Tapi aku tak mampu. Malah aku dah macam malas nak buat apa sahaja yang dikodkan tu" rungut dia.


Saya meminta dan melihat kod-kod yang dia katakan itu. Dalam hati saya "Sungguh memang begitu 'harmoni' dan baik untuk diamalkan. " "Bagus kod-kod ini" sengih saya kepada sahabat tersebut.

Responnya macam kurang puas hati. Yalah, sahabat saya ini baru bersama dalam jemaah dakwah di kampus dia. Apa lagi, apabila diberikan kod-kod tersebut untuk dipatuhi, agak terkejut dan terbeban. Tetapi, untuk menjadi seorang daie, mahu tidak mahu perlu ada tarbiyah 'tersendiri' walaupun diberikan apa-apa panduan seperti kod tarbiyah tersebut.

Bermacam-macam kod yang saya lihat. Boleh dirumuskan hampir 100 perkara perlu dilakukan untuk menjadi ahli daie' yang terbaik. Siap ada amalan harian, ibadah mingguan, keperluan berakhlak mulia, dan bermacam-macam lagi. MAlah di perincikan lagi :" do and don't" dalam setiap kriteria kod-kod tersebut.



Namun, seperti yang dijelaskan tadi, alangkah indahnya jika kod-kod itu dilaksanakan berperingkat. Biarlah para daie yang mengikuti kod itu terasa selesa jika dilakukan berperingkat. Perlaksanaannya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mula berkecimpung dalam gerakan dakwah tersebut. Andai kata masih baru, terapkan dulu akidah perjuangannya. Kemudian, prelahan-lahan dengan istiqamahdalam ibadah. Disertai dengan akhlak yang membentuk diri seorang dakwah dan sebaginya.


Yang penting biarlah ia berperingkat dan mengikut corak pergerakan (flow) yang lancar sesuai dengan seseorang daie itu. Apapun tarbiyah perlu dilaksanakan.

Samada tarbiyah berperingkat atau tarbiyah sampai penat.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP