Duka Insan Istimewa

Wednesday, September 16, 2009



Tidak siapa pun sangka, masa cepat berlalu.

Gembira tidak terkata kerana sudah hampir hari yang bermakana iaitu hari raya Aidilfitri. Malah lebih dari itu, manusia mula bergelut, berebut-rebut, berpusu-pusu untuk memeriahkan setiap pelusuk pasaraya yang ada. Tidak kurang yang mula mencari beberapa stok baru mercun utnuk bermain secara individu mahupun berkumpulan. Memang malam-malam akhir ramadhan merupakan malam-malam untuk bersiap-sedia menghadapi hari yang bermakna dalam kalender seorang Muslim.

Namun di sebalik keceriaan, insan-insan biasa, tercoret seribu kesedihan buat insan-insan istimewa. Mereka merintih tatkala berakhirnya ramadhan. Jika dilihat si fakir miskin mahu pun mereka kurang upaya, mereka merintih terkenangkan kesusahan yang ditanggung mereka apabila setiap kali menjelang hari raya. Di kala itu, pelbagai perkara berlegar di kepala. Apa tidaknya, sejuta satu masalah yang perlu difikirkan untuk 'berhadapan' dengan hari raya..

"Bagaimana hendak menyambut hari raya..?"
"Adakah anak-anak akan pulang ke kampung tahun ini atau tidak?"
"Apakah baju raya yang hendak dipakai oleh anak-anak dengan kesempitan wang yang tidak sempat dicari sebelum raya ini?"
"Jamuan bagaimanakah yang perlu disediakan tatkala tetamu datang nanti?"

Namun, ada lagi insan yang paling merintih. Rintihan mereka tidak dapat kita pasti dengan telinga kasar, hanya telinga 'hati' yang dapat mendengarnya. Keluhan dan pinta mereka agar dapat bertemu sekali lagi di tahun hadapan. Ya, mereka yang merindukan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Bulan yang tidak dapat dibeli di pasaraya-pasaraya besar, malah ia tidak dapat dijumpai selepas pemergiannya kecuali diberi 'baucer' umur untuk hidup setahun lagi.

"Ya Allah, pertemukan daku dengan Ramadhan akan datang.. Pertemukanlah daku dalam keadaan yang lebih bertenaga untuk aku hadapinya. Ya Allah, aku merinduiMu di sujud nikmat kepadaMu di bulan Ramadhan ini. Daku ingin lagi bertemu bulan barakah ini. Bertadarus, bersedekah, memberi makan orang berpausa dan 'berbicara' denganMu di kala 10 malam akhir Ramadhan."

Ramadhan akan pergi meningggalkan mereka. Meninggalkan mereka dalam keadaan meeka tidak tahu akan bertemu kembali atau tidak.. Meninggalkan mereka dalam keadaan mereka masih mahu melepaskan ia... Melambai-lambai mereka menggamit Ramadhan yang sudah bersedia 'berangkat' pergi... Menangis insan-insan ini mencari di mana akan mereka mengambil sebesar-besar ganjaran jika tidak di bulan ramadhan ini.. kerana mereka tidak sabar untuk bertemu Tuhan dalam tahajud di setiap malam. Malah 10 malam terakhir menjadi penentu buat mereka untuk memperolehi malam yang baik dari seribu bulan..

Andai kata selepas Ramadhan ialah Ramadhan, sudah pasti mereka tidak merintih begini.. Namun, Ramadhan akan diiringi Syawal. Ramadhan muncul setahun lagi. Namun adakah diberi kesempatan dari Rabbul Izzati belum mereka pasti.

Ya, biarpun tersenyum kegembiraan di wajah apabila tiba hari raya, namun hati mereka sedih kehilangan Ramadhan..

"Ya Allah, temukan kembali Ramadhan kepada kami. kami rindukan Dikau Ya-Allah dalam kenikmatan sujud di bulan Ramadhan ini."

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP