Gentar Vs Lebih Gentar @ Hebat Vs Terlebih Hebat

Monday, August 31, 2009



Ibarat perlawanan bola sepak, siapa yang merasakan diri mudah dikalahkan, ia pasti merasa gentar apabila berhadapan dengan lawan. Malah lebih yang gentar lagi apabila lawannya tahu bahawa mereka telah salah memilih langkah untuk bermain dengan kumpulan yang mereka tidak kenali (kumpulan yang pertama tadi). Namun apabila perlawanan bermula, perbezaan antara mereka yang lebih gentar(kumpulan kedua) sebelum perlawanan akan menjadi lebih hebat tatkala kumpulan yang pertama tadi terlalu gentar untuk bertindak awal. Akhirnya, imej lebih gagah akan diperoleh oleh kumpulan kedua akibat dari tindakan teragak-agak kumpulan pertama kerana diselubungi perasaan gentar mereka..

"Assalamualaikum.. Ni bertunang ka belum ni?" saya mulakan langkah menegur mereka yang asyik bersembang antara rakan berlaianan jantina berdua-duaan.

"Erm, belum lagi.. kawan lagi kami nie." tersipu-sipu si lelaki menjawab.

" Harap keluarlah sembang di luar kereta, jangan di dalam. Tak elok orang tengok." hujahku jelas tetapi lembut

Saya beredar setelah mengangkat tangan 'keamanan' kepada dua orang manusia tersebut. Selang 2 minit, bukan sahaja mereka keluar, malah pulang terus ke kolej kediaman masing-masing. Bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada mereka kerana 'memahami' sedikit akhlak Islam apabila ditegur.

Pada awalnya, perasaan ingin tegur bercampur dengan perasaan gentar. Mana tidaknya, kali ini kali pertama selepas lama saya menyepi diri dari tugas tegur-menegur ini. Namun, setelah dilihat semula situasi sebelum, semasa, dan selepas menegur, hati saya berdetik satu keadaan yang tertanya-tanya.. Ibarat perlawanan bola sepak tadi(anda faham ke tidak?) , tabiat menegur pasangan bukan mahram ini sudah pasti disertai dengan perasaan gentar bagi mereka yang pertama kali ingin melakukannya. Namun, di sebalik gentar itu, mereka yang terlibat dengan maksiat tersebut lebih gentar melihat kita yang ingin beraksi kerana mereka berada dalam posisi atau keadaan yang salah. Jadi, ada dua sahaja pilihan.. satu keadaan perlu menegur atau kedua, keadaan mereka berduaan 'boleh' biarkan..

Apabila kita soroti kedua-dua keadaan ini, sudah pasti, andai kata kita diselubungi perasaan gentar itu dan tidak menegurnya, pasangan bukan mahram itu akan merasakan mereka lebih hebat kerana golongan-golongan pemutus kelazatan maksiat ini yang tidak menegur mereka. Malah ,mereka akan merasakan, perkara yang mereka lakukan tidak salah di sisi agama. Jadi, apa yang berlaku pada golongan-golongan pemutus nikmat maksiat itu, mereka akan lebih merasa gentar dan akhirnya kalah (rasa hebat pada diri sahaja amalan yang dibuat) selama-lamanya dengan perasaan gentar mereka itu..

Namun, andainya, pasangan bukan mahram itu ditegur oleh golongan pemutus nikmat maksiat ini, sudah tentu, mereka itu akan tersipu-sipu dan menyedari kesalahan mereka walau seketika. Tetapi, di perasaan golongan penegur ini, mereka akan merasai satu nikmat yang Allah kurniakan kepada golongan amar makruf Nahi Mungkar ini. Lain tidak bukan, mereka merasakan bahawa Allah adalah Penolong Mutlak dalam membantu mengecah kemungkaran agama.

Fiman Allah dalam Al-Quran :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. " "Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. "
(Surah Ali-Imran : 110-111)

Bangkitlah wahai sahabat-sahabat yang memahami keperluan amar makruf nahi mungkar ini,kita bangkit untuk penuhi kriteris kita sebagai Muslim. Cegah lah dengan hikmah dan berperingkat. Untuk mengubah ideologi sekular selama 20 tahun tidak akan berubah dalam sekelip mata. Tetapi ia perlu berperingkat. Namun bukan menunggu sekadar membenci sahaja, dan mengatakan itu berperingkat, tetapi turut bertindak menghasilkan rentak. AYUH!!

Read more...

Ayahanda dan Bonda

Saya terima panggilan semalam dari ayahanda tercinta. Saya teringat pada mereka berdua. Cinta saya selepas Allah dan Rasul.. Ayahanda dan bonda, semoga menjadi 'atuk' n 'maktuk' yang baik ..hehe.. dah 9 hari dapat cucu pertama ni.. semoga keceriaanmu sentiasa menghiasi rumah kita.. tentang nak tambah menantu, doa-doakanlah anakanda nie... =)

Read more...

'Amir', terawih dan tarbiyah

Sunday, August 30, 2009




"Hari ini abang buat berapa rakaat terawih di masjid?" soalan sorang anak jiran kepada saya.

Spontan saya menjawab " Di masjid, abang buat 8 rakaat ajer. Kenape dik?"

Lalu tanpa berlengah, kanak-kanak 9 tahun itu berkata " amir tak dapat nak pegi surau, ada kawan datang, nanti abangg balik masjid, smbung sampai 23 rakaat, amir nak ikut."(kebetulan sama nama dengan saya juga=)

"Tapi abg tak tambah dah sbb ada keja malam ni" jawab saya sambil terasa satu kejutan buat diri yang disentap oleh kanak-kanak 9 tahun.

Memang bagi saya,(yang konon 20 tahun lamanya hidup), solat terawih ini hanya sunat sahaja,buat 8 atau 20 rakaat atau lebih dari itu tak menjadi masalah dalam hal ini kerana ia ibadah sunat yang dituntut dalam bulan Ramadhan. Mungkin bezanya ialah nilai pahala yang di peroleh samada lebih pahala atau kurang pahala. Kalau banyak ibadahnya, maka moleklah ganjarannya.

Namun, yang apa yang saya ingin bangkitkan bukanlah masalah keupayaan kita untuk beribadah terawih ini, tetapi apa yang menjadi permasalahannya ialah proses pentarbiyahan golongan kanak-kanak. Dalam perkara ini, ramai di antara kita tidak sedar akan tanggungjawab bersama dalam mentarbiyah golongon kanak-kanak cilik ini. Bagi kita di kebanyakn peringkat, kita asyik mengambil perhatian terhadap tarbiyah golongan muda atau pemuda. Memang jika mengikut kata mudahnya, saya boleh sahaja memberitahu kanak-kanak tersebut bahawa solat terawih ini 8 rakaat boleh atau 20 rakaat pun boleh.Namun dari segi pentarbiyahan seorang kanak-kanak menjadi seorang hamba kepada Tuhan Pencipta atau pewaris generasi pemuda adalah kurang berkesan. Kejadian ini sering terjadi apabila sesorang yang dewasa tidak atau kurang memahami keperluan tarbiyah kepada golongan kanak-kanak. Mereka tidak sedar bahawa golongan awal ini lah yang akan membentuk saf-saf golongan pemuda-pemuda islam akan datang.

Seringkali kita dengar, proses tarbiyah kepada golongan kanak-kanak acap kali dipikul oleh ibu bapa dan kaum kerabat terdekat. Tetapi ,pada pendapat saya, proses pentarbiyahan golongan kanak-kanak ini harus dipikul oleh masyarakat yang mengenal Islam secara mendalam malah mereka yang bergerak dalam lingkungan harakah islamiyah perlu lebih seirus dalam perkara ini. Mungkin, segelintir ibu bapa tidak berupaya untuk mentarbiyah anak-anak mereka kerana kekurangan ilmu agama dan sebagainya. Fenomena ini dapat dilihat pada 10 tahun mendatang kerana ramainya golongan muda yang ada sekarang ini sudah hanyut dibuai khayalan dunia sekular dan sebagainya. Anak-anak mereka akan terus membesar dalam keadaan kejahilan ibu bapa mereka. Jadi, siapakah yang harus mengambil peranan dalam situasi ini. Lain tidak bukan, anda atau golongan-golongan yang memahami Islam itu sendiri harus tampil menghulurkan bantuan.

Generasi pemuda mahupun mahasiswa harus tekad dalam jalan ini untuk mengimbangi kembali kerosakan yang berlaku pada zaman sekarang. Kurangnya pendedahan kepada suasana Islam menyebabkan golongan ini terpinggir dari nikmat akhlak mulia. Di peringkat kanak-kanak ini. segala macam perkara yang mereka lihat dan perhatikan di sekeliling mereka akan menjadi contoh kepada mereka untuk diamalkan. Kisah Saidina Ali Karamallahuaj'ah memeluk Islam di usia kanak-kanak dan didedahkan dengan suasana islam atau tarbiyah islamiyah akhirnya menyertai medan peperangan semasa peringkat usia beliau meningkat dewasa. Ini menjadi satu bukti bahawa, kepentingan tarbiyah golongan pra-pemuda ini harus dilihat semasa zaman moden ini. Pentarbiyan dari rebung ini juga akan menghasilkan buluh yang betul-betul berkualiti untuk menjadi perisai kepada Islam itu sendiri di masa hadapan.

Di akhir perbincangan saya dengan kanak-kanak kecil tersebut, akhirnya saya mengambil tindakan " Balik nanti, kita sembahyang sama-sama.Setuju?" Dengan senyum, "nak2" kata amir kecilku itu.

P/S- Akhirnya saya tahu bahawa amir ini mempunyai masalah keluarga.. ayahnya dipenjara dan ibunya sahaja yang ada di rumah. Dididik oleh atuknya yang kini masih boleh memberikan sedikit sebanyak input-input agama padanya

Read more...

9 hari tanpa 'dia'..

Friday, August 28, 2009

Muram semua ahli keluarga..

Hari ini genaplah 9 hari rumah saya kehilangan seketika satu anugerah Allah buat saya dan

rakan-rakan. Memang satu kehilangan yang cukup besar buat kami selama hampir 9 hari ini.
Betullah, dugaan Allah nak menguji kami selaku hamba-hambaNya samada kami tabah atau tidak. Boleh dikatakan, saya sentiasa diaju pleh persoalan yang sama oleh rakan-rakan tercinta setiap hari malah setiap kali mereka melihat muka saya, "'Dia' dah ada belum?

Penat kami menunggu dia." Pening juga saya dibuat mereka. Namun atas sifat seorang sahabat, saya gagahi juga, "Insya-Allah, esok adalah dia tu. Jangan risau, bagi la masa sikit. Mungkin dia merejuk kot." jawab saya ringkas.Alhamdullillah, akhirnya dia kembali juga hari
ini. Tepat jam 11.28 malam, dia dijumpai dan ada semula di rumah. Berkat usaha yang dilakukan saban hari, dia kembali jua. Syukurlah, tiada yang tercedera dalam mendapatkan dia semula. Berkali-kali berulang-alik ke Batu Pahat, akhirnya berbaloi juga dengan bantuan sahabat kepada sahabat.

Selamat kembali wahai streamyx!

Di sebalik kejadian, pasti ada hikmahnya bukan. Mana tidaknya. berkejar ke sana sini untuk mendapatkan maklumat berkaitan masalah streamyx yang berlaku, sibuk menghubungi mereka yang berkaitan dalam pembaikan talian telefon (dalam kelas pun 'handphone' di tangan, dan macam-macam lagi. Malah lebih dasyat, jumlah bil internet terbaru (setelah 3 bulan tak nampak bil), berjaya diperolehi dalam semasa menyelesaikan 'streamyx problem" . Nak tahu berapa? Hah, hampir mencecah hampir RM 700!! Percaya ke tidak? itulah yang dipanggil 'padah bermain dengan teknologi'

Erm, kelakar juga bila dikenang-kenang setiap kejadian. Boleh dikatakan, satu-persatu Allah
tunjukkan kepada kami bagi menguji kami 'sekeluarga' . Yelah, diperlihatkan bagaimana prihatin sahabat yang sentiasa 'mengambil berat' pasal masalah yang berlaku (macam-macam perangai ada) , ada yang sentiasa rehda dengan ketentuan (takpelah, dah takdak) malah, lebih lagi, siap cucuk sana cucuk sini kabel network tu di mana sahaja boleh dipasangnya.


Tapi itulah keadaan kita dalam bagaimana menghadapi setiap ujian yang diberikan. Alhamdulillahi, dapat juga atasinya. Thanx to Fendi.. Hidangan keropok ikan je dapat kami sajikan buat anda..nak tahu apa masalahnya? Silap pasword masa hendak 'login' ke dalam setup Wireless Modem sahaja. Bukan salah TMpoint pun, tapi itulah, macam-macam hendak dikata..
Buat TM point, terima kasih atas bantuan anda.. Banyak kali juga TM point telefon saya. Jenuh nak menjawab.. TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat semua..

Tapi terfikir juga, bagaimana jika iman yang semakin hilang dari diri, adakah diri ini akan mendapatkannya kembali secepat mungkin?

Terfikir dan termenung seorangan...

Read more...

Meniup Belon Kehidupan

Tuesday, August 18, 2009



Allah melapangkan bagimu, supaya kau tidak selalu dalam kesempitan.

Allah menyempitkanmu supaya kau tak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan kamu dari kedua-duanya, supaya kau x bergantung kepada selainNya..


Allah mengubah keadaanmu, supaya kau mengerti bahawa kau tidak bebas daripada hukum dan ketentuannya dan supaya kau selalu berdiri atas landasan...LaHaulawalaQuataillahbillah

Tiada daya untuk mengelak sesuatu dan tiada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu kecuali dgn izin Allah..


Belajar bersungguh-sungguh. Itu pengabdian kita kepada Yang Maha Mengetahui segala. Berazamlah untuk Menjadi yang terbaik, dan Capailah yg terbaik. Masa depan kita amat penting kerana kita (kaum adam) adalah kaum yg memimpin.. Itulah antara bekal suatu hari nanti, menuju lorong yg lebih men'cabar' dan sebenar.. Moga kita akan menjadi imam yg memiliki kekuatan dari segenap segi perjuangan, hasil dr pengalaman tarbiyah yang panjang ini. InsyaAllah.. Teruslah meniup belon kita.. Kemana pun ia jatuh, ia pasti takdir terbaik setelah usaha dan tawakal kita kepadaNya..

Bermulanya perjalanan penulisan ini untuk mencari satu titik semangat dalam membaiki diri menjadi lebih baik. Hari ini, semoga ruangan ini dapat membimbing diri ini untuk semangat lebih dalam mencari dan menambah minat membaca sebelum memacu tulisan ke dalam blog.



Bukan diri ini ingin menunjuk-nunjuk, bukan diri ini ingin menulis diari, tetapi, diri ini ingin mengembalikan bakat terpendam yang sekian lama tidak digilap. Diharapkan ayahanda dan bonda serta sahabat-sahabat perjuangan dapat membetulkan apa

yang silap sepanjang belon kehidupan ini ditiup. Pengharapan Allah tetap dipohon berpanjangan agar segala usaha mendapat redha dan hidayahNya. Buat Nabi Junjunganku, Selawat dan Salam ke atasmu duhai Kekasih Pencipta Alam Semesta..


Terimalah seadanya...

Read more...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP